 |
Gabungan Bantuan Kemanusiaan ASEAN ke Myanmar
Mei 16, 2008
|
Kementerian ehwal luar Singapura mengesahkan bahawa para menteri luar negara ASEAN akan mengadakan mesyuarat khas mengenai gabungan bantuan kemanusiaan Mynmar Isnin ini.
Kata sepakat telah dicapai dikalangan negara anggota ASEAN, untuk mendahului usaha-usaha bantuan kemanusiaan ke Myanmar. Demikian dijelaskan oleh Setiausaha agung ASEAN Surin Pitsuwan.
Pemerintah Myanmar di kritik hebat oleh negara-negara lain dunia kerana menolak bantuan asing bagi mangsa taufan Nargis yang melanda negara itu dari 2 hingga 3 Mei lalu. Negara-negara anggota ASEAN juga turut di kritik kerana gagal menonjolkan peranannya untuk membantu negara anggota pertubuhan itu yang dilanda bencana.
Dalam masa yang sama,Pemerintah junta tentera dikatakan terus berdegil untuk membuka pintu negara itu terhadap bantuan asing. Ia sebenarnya cabaran besar bagi ASEAN.
Dapatkah ASEAN Mengendurkan kedegilan pemerintah junta tentera Myanmar itu, melalui gabungan bantuan kemanusiaan kei Myanmar? Di Analisa.
Myanmar adalah satu contoh yg jelas kerana pergeseran telah berlaku didalam ASEAN kerana Mynmar adalah anggota Myanmar maka ASEAN terpaksa menegur Myanmar proses menegor Myanmar ini adalah proses ASEAN menegakkan kredibilitinya di mata dunia.
Encik Yang Ghazali menyelidik kanan di Sekolah pengajian antarabangsa S.Rajaratnam universiti teknoloji Nanyang Singapura.
Menurut Encik Yang Ghazali adalah penting bagi negara-negara anggota ASEAN berusaha terus melalui rundingan bagi merubah pendirian junta tentera Mynmar, agar bantuan kemanusian dapat segera masuk kenegara itu.
Kejayaan dalam menangani krisis di Myanmar,kelak akan mempunyai kesan jangk-panjang yang sangat baik bagi ASEAN dalam usaha menjayakan visi masyarakat ASEAN bagi tahun 2020.
Tuan Danial Waringin wartawan dan penulis politik bagi akhabar Selatan Thailand melihat mesyuarat yang bakal diadakan di Singapura itu sebagai satu lagi langkah kehadapan bagi negara-negara ASEAN kerana berdasarkan apa yang dibentangkan oleh menteri luar Singapura George Yeo, bahawa usaha gabungan bantuan kemanusiaan Asean itu, hanya mahu meringankan beban Myanmar dalam krisis.Negara anggota ASEAN yang lain akan tetap menghormati pendirian setiap negara anggota agar tidak saling campur tangan dalam hal-hal politik negara anggota.
Tambahan pula menurut Tuan Danial Waringin, ASEAN lah yang paling dekat dan wajar diterima Mynmar
Yang mempunyai alasan diatas keperimanusiaan saya yakin bahawa Myanyar itu akan cenderung dan akan lembut hatinya walaupun tidak seratus peratus dapat menarikkan Myanmar tetapi hanya untuk menarik kebuntuan Myanmar saya percaya,dengan niat jujur negara lain untuk membantu ia akan mengubah hati Myanmar.
Sepuloh menteri luar Asean akan bertemu di Singapura pada 19 Mei ini untuk menyemak laporan kumpulan penilai ASEAN yang telahpun berada di negara itu demi memudahkan jangkaan selanjutnya tentang apakah corak bantuan yang sangat diperlukan Myanmar ketika ini.
Menurut Prof Syamsul Amri pengamat politik antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia, usaha gabuangan bantuan kemanusiaan Asean yang dicadangkan oleh Setiausaha Agung Surin Pitsuwan itu adalah satu usaha positif bagi mengentalkan semangat Asean,namun sekiranya bantuan sedemikian ditolak dan tidak diterima oleh Myanmar ia tidaklah boleh dianggap sebagai satu kegagalan.
Saya rasa ini bukan satu kelemahan yang akan memburuk ASEAN tetapi malah akan memburukkan lagi imej Myanmar yang menolak tawaran ASEAN. Saya rasa Mynmar melihat keadaan yang berlaku dinegaranya itu dengan cara yang lain mereka melihat negara lain cuba mengambil kesempatan dan cuba sabotaj yang akan menggulingkan negara mereka.
Apa yang berlaku di Myanmar amat berlainan dari Aceh dan sebagainya yang memang memerlukan bantuan asing. Saya tak Nampak kalau ASean tak mampu membuatnya siapa lagi? Kecuali China yang mempunyai kuasa yang besar dan pengaruh yang besar.
Pertemuan tergempar para menteri luar Asean di Singapura Isnin ini - sejauh manakah ia berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa semangat Asean untuk hidup sebagai sebuah masyarakat dan aktip membantu sewaktu kesusahan telah berjaya mengetepikan hal-hal kelainan antara mereka?
Dan sejauh manakah pula pembentukkan gabungan usaha bantuan kemanusian ASEAN berjaya sekurang-kurangnya untuk mengurangkan penderitaan masyarakat Myanmar yang di landa petaka Alam? Dapatlah laluan ke Myanmar di buka melalui ASEAN?
Sekian Analisa – Salam hormat.
|
 |